Tuesday 8 January 2013

Unit Amal dan MTD Tioman gotong-royong baiki rumah dilanda ribut

Unit Amal PAS Kawasan Rompin MTD Tioman bersama AJK MTD telah bergotong royong membaiki bumbung dan sebahagian rumah Pak Said seorang penduduk kampung di Kampung Kolam, Kuala Rompin.

Rumah Pak Said telah dilanda angin ribut pada minggu lepas.

Pak Said mengucapkan terima kasih kepada Unit Amal dan MTD Tioman di atas kerja-kerja gotong royong yang dijalankan bagi membaik pulih rumahnya dengan segera kerana beliau dan keluarga bimbang musim hujan pada masa ini akan terus membasahi  rumahnya.

Dengan langkah segera yang diambil oleh Unit Amal di bawah pimpinan saudara Annuar, Pak Said berasa sangat lega dan bersyukur. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS Rompin.

Turut membantu Unit Amal ialah AJK MTd Tioman iaitu saudara Aziz, saudara Din dan penolong SU MTD Tioman. Petang ini dijangka akan lebih ramai Unit Amal dan AJK MTD akan turun membantu.

No comments:

Post a Comment