Sunday 30 December 2012

Program ziarah MTD Rompin.

Hari ini 30 hb dis MTD Tioman telah menganjurkan program ziarah penduduk. Kami telah turun ke beberapa lokasi bertemu penduduk terutama mereka yang uzur.  Program turun padang tersebut diketuai oleh Setiausaha MTD Tioman.

Pada malamnya dianjurkan kuliah haraki di cawangan Tg Gemuk. Kuliah disampaikan Ustaz Nazri Ketua Pemuda PAS Rompin.

Sebelum kuliah telah diadakan bacaan yasin dan tahlil buat seluruh arwah pejuang-pejuang PAS DUNTioman khususnya arwah Pak Awi seorang aktivis tegar PAS Tg Gemuk.

Semoga PAS Mtd Tioman terus bergerak bagi memacu kemenangsn Islam di kawasan ini. Insya Allah!

Friday 28 December 2012

Atap berterbangan dilanda ribut

Jumaat 28 Disember sebaik selepas solat Jumaat sebuah rumah penduduk di kg Sepakat Rompin telah dilanda angin kuat sehingga atap rumah berterbangan jatuh ke dalam parit berdekatan dan tersangkut di atas pokok.

Unit Amal Dun Tioman telah mengambil langkah segera membantu memasang kembali atap rumah tersebut. Pengarah MTD Tioman dan Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan turut hadir memantau dan membantu.

Syukur kepada Allah kerana tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Tuesday 18 December 2012

Gelombang kesedaran dan perubahan rakyat terutama anak-anak muda di Dun Tioman kian mencemaskan Umno

Malam kesenian Islam malam kelmarin di Dataran Rakyat anjuran Lajnah Penerangan Pas di Dun Tioman telah berjaya menarik kehadiran ramai hadirin daripada pelbagai golongan. Program tersebut yang sepatutnya menampilkan penyanyi pendakwah Iwan bersama Leman Raja Lawak telah terpaksa diganti dengan gandingan Ali xpdc dengan Leman.

Di saat-saat terakhir Iwan telah terpaksa membatalkan persetujuan untuk membuat persembahan atas alasan beberapa masalah yang terpaksa beliau selesaikan terlebih dahulu.

Bagi pihak MTD Tioman, kita tiada masalah dengan penarikan diri Iwan walaupoun ia telah mencetuskan juga keadaan kelam-kabut di saat akhir. Apa yang jelas kita sangat memahami tindakan yang terpaksa dibuat oleh Iwan yang mungkin berada dalam keadaan tertekan.

Bagi MTD Tioman jika takdirnya Iwan mengambil tindakan menarik diri kerana tekanan-tekanan tetentu maka MTD Tioman sangat memahami dan tahu pihak-pihak yang kian resah dengan kebangkitan dan ksedaran pengundi Dun Tioman sejak kebelakangan ini.

Para pengundi di Dun Tioman terutama anak-anak muda kian memahami isu-isu yang membelit kehidupan mereka dan mereka pasti akan bertindak dalam PRU 13  nanti. Yang pasti Umno Rompin kian cemas dengan gelombang rakyat di Dun Tioman!

Sunday 16 December 2012

Malam Kesenian Islam di Dun Tioman Rompin



Lajnah Penerangan PAS Kawasan bersama Lajnah Penerangan PAS MTD Tioman akan menganjurkan Malam Keseniaan Islam bersama artis Iwan Syahman seperti maklumat di dalam poster yang diedar dan dilampirkan.

Diminta semua pencinta dan pendokong PAS, Pakatan Rakyat dan semua rakyat muda/ mudi di Dun Tioman, Rompin yang cintakan keseniaan Islam dan perubahan ke arah kerajaan yang lebih telus dan bertanggungjawab, diminta hadir beramai-ramai bersama anak-anak dan keluarga bagi turut menyaksikan persembahan menarik daripada para artis.

Turut membuat penampilan istimewa pada malam tersebut ialah Leman Raja Lawak, Insya Allah.

Kepada semua pengundi di Dun tioman marilah bersama "Ubah Sekarang....Selamatkan Pahang!"

Wednesday 12 December 2012

Tawaran 6+3: Rakyat Pahang alu-alukan lot rumah


Tawaran 6+3: Rakyat Pahang alu-alukan lot rumah.

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Tawaran Pakatan Rakyat (PR) Pahang untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat negeri ini kepada yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman, disambut gembira oleh rakyat yang ditemui.

Bagi mereka, inilah masa yang sesuai untuk PR melaksanakan keperluan asas rakyat itu jika memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang setelah isu pemberian lot tanah dan rumah dijadikan modal kempen Umno dan BN setiap kali PRU.

Mereka berpendapat, sedangkan Pahang memiliki tanah yang luas tetapi rakyatnya pula masih ramai yang tidak mempunyai rumah dan tanah.

Pemberian lot tanah serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun, termasuk dalam ‘Tawaran 6+3’ yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau, 9 Disember lalu.

Bagi Saifuddin Kamarudin, 35, dari Mentakab, menganggap tawaran PR itu tepat pada masanya dan amat bersetuju kerana beliau sendiri belum mempunyai tanah dan masih tinggal di rumah sewa.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, di kampungnya masih ramai yang menyewa hingga ke usia tua gara-gara tanah pusaka berkongsi adik beradik. Sedangkan rumah merupakan keperluan asas, tanpa rumah merempatlah jadinya.

“Memang lot-lot rumah ini penting, kalau orang susah nak buat rumah rakyat miskin (PPRT) atau rumah mesra rakyat pun perlukan tanah sendiri.

“Inilah masalah kerajaan tak mahu tolong. Yang peliknya tiap-tiap kali dekat PRU, orang Umno datang minta kad pengenalan. Kononnya nak bagi lot tanah. Lama sangat dah kami penduduk kampung kena tipu.

“Jadi tepatlah pada masanya kerajaan PR nanti sediakan lot tanah, kerajaan pusat seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar boleh bantu bina rumah. Dengan itu nampak cantik dah gabungan Pusat dan negeri untuk segera penuhi kebajikan rakyat,” katanya.

Saifuddin percaya, jika keperluan rumah dan tanah dibantu oleh kerajaan, langkah itu cepat mengeluarkan orang Melayu daripada garis kemiskinan. Kerana ketiadaan rumah berkait rapat dengan kemiskinan bangsa Melayu selama ini.

Hasanal Bolkiah Hasan Basri, 28, berkata tawaran PR Pahang itu akan menyebabkan generasi muda sepertinya akan memilih PR dalam PRU akan datang demi kebajikan dan survival mereka pada masa depan.

“Orang baru kawin seperti saya bukan senang untuk membeli rumah sekarang, bagi yang bergaji di bawah RM3,000 tak mampu nak memiliki rumah yang agak selesa.

“Sebab itu apabila saya berbual-bual dengan kawan-kawan yang tidak berparti, ramai yang mengatakan tawaran PR di luar jangkaan mereka dan mereka begitu teruja dengan tawaran itu.

“Di kampung-kampung pula bukannya mudah untuk memiliki tanah kosong. Banyak tanah yang diusahakan atas nama belia tetapi akhirnya diluluskan kepada kelompok tertentu menyebabkan golongan muda kecewa,” katanya.

Hasanal menganggap, tawaran pertama daripada enam tawaran yang diumumkan Tuan Ibrahim itu banyak membuka mata golongan muda sepetinya kerana selama ini tawaran Umno selama ini hanyalah setakat yang remeh-temeh sedangkan PR menjanjikan lot rumah sebagai jaminan masa depan.

Sementara itu, Fauzi Omar, 63, dari Felda Lakum, Lanchang tawaran kerajaan PR untuk menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun, amat bersesuaian demi membina semula penghidupan yang sempurna kepada masyarakat.

“Kalau kita lihat keadaan kampung baru sekarang tidak dilengkapi prasarana memuaskan dan bersesak-sesak tetapi mereka tatap membayar cukai kepada kerajaan. Sebab itu kedudukan mereka mesti distruktur semula.

“Lagipun, kalau kerajaan sediakan kawasan penempatan tersusun, kawasan itu akan maju dengan dan akhirnya menjadi bandar. Sekali gus akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penganalisis ekonomi Pahang Syed Ali Badarudin Othman, mengalu-alukan tawan kedua PR Pahang iaitu ‘menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat’.

Katanya, janji tersebut boleh dilaksanakan jika diamalkan kaedah pengurusan tanah yang cekap dan cepat, berbanding dengan karenah birokrasi di pejabat-pejabat tanah sekarang.

“Bayangkan untuk rakyat yang memohon tanah bagi mendapatkan satu kelulusan, mereka terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di pejabat tanah, PTG dan SUK. Untuk pelupusan tanah kerajaan memakan masa antara 10 hingga 20 tahun.

“Kenapa lambat sedangkan permohonan tanah tidak perlu masa yang lama kerana kriteria dan prosedur melalui format permohonan sudah menggambarkan kelayakan seseorang pemohon serta sudah ada sistem maklumat mengenai status tanah,” katanya.

Syed Ali juga mengalu-alukan tawaran keempat PR bagi memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada kepada lot perumahan atau bangunan.

Katanya, sistem yang dipakai kerajaan BN sekarang, bukan sahaja menimbulkan masalah besar kepada rakyat yang berurusan, malah firma-firma guaman juga mengeluh kerana tidak dapat meneruskan urusannya terlalu bersifat birokrasi.

“Saya cadangkan kepada kerajaan PR nanti menggunakan kuasa di bawah Seksyen 12 Kanun Tanah Negara supaya urusan tukar syarat tanah juga memadai di luluskan peringkat pentadbir tanah daerah.

“Jika kerajaan cekap hasil pendapatan daripada tanah juga meningkat seiring dengan pembangunan semasa. Kita perlu ingat, sebarang urusniaga melibatkan hartanah adalah berbayar. Itu merupakan pendapatan kerajaan. Sekiranya budaya birokrasi ini dikekalkan, kutipan hasil negeri terus tidak berkembang,” katanya.

Sumber: Harakahdaily

Monday 10 December 2012

Terima kasih kepada Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man

SELURUH Cawangan PAS Majlis Tindakan Dun Tioman mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat di atas lawatan kerja separuh hari beliau ke Dun Tioman semalam.

Dalam kesibukan dan keletihan Tuan Guru  telah sempat mengadakan pertemuan dengan tokoh masyarakat dan veteran, menghadiri kenduri tahlil dan menyampaikan beberapa siri kuliah kepada muslimin dan muslimat sekitar bandar Rompin

Pada sebelah malam Tuan Guru telah merasmikan bilboard gergasi Janji Pakatan Rakyat jika memenangi Pru 13 nanti Dataran Rakyat Kg Sepakat. Kemudian Tuan Guru telah membakar bendea Israel dan Amerika Syarikat sebagai menzahirkan rasa marah serta mengutuk penaklukan dan kekejaman Yahudi zionis Israel terhadap umat Islam Palestin di Gaza.

Lawatan kerja Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man kali ini diakhiri dengan Ceramah Perdana Isu Semasa yang berlangsung di Dataran Sepakat yang hadiri lebih 1000. Turut menyampaikam ceramah pada malam tersebutlah Ustaz Haji Sukri Haji Ahmad YDP PAS kawasan Rompin Wak Rabidin Ketua Pkr Rompin dan Timbalan Pengerusi DAP Mersing.

Semoga lawatan kerja singkat Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man itu mampu menyuntik semangat kerja berterusan kepada seluruh kepimpinan pelbagai peringkat parti bagi menghadapi PRU 13 yang bakal tiba bila-bila masa.

Dataran Rakyat Kg Sepakat dipenuhi orang ramai

CEramah Perdana Isu semasa anjuran Mtd Tioman dipenuhi oleh penduduk Rompin yang mahuksn perubahan. Khalayak begitu tertarik mendengar ceramah tokoh-tokoh yang dijemput terutama ceramah yg disampaikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Dato Tuan telah mengumumkan janji Pakatan Rakyat jika PR memenangi PRU 13.

Saturday 8 December 2012

Bekas SB yang pernah berkhidmat di Rompin meninggal

Bekas SB mohon maaf kepada PAS meninggal


Muhammad Faeez Azahar  08 Dis 2012.

TAIPING: PAS dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang, Abdullah Omar iaitu bekas OCPD Slim River di usia 66 tahun, hari ini.

Beliau yang menyertai PAS selepas bersara tahun lalu menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kg Expo selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Silverstoon, Kemunting, Taping.

Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PAS.

Katanya, beliau sangat aktif dalam PAS di peringkat kawasan dan giat berceramah diseluruh negara selepas pengisytiharannya menyertai PAS tahun lalu.

Kata Fakhruddin, Abdullah tidak pernah jemu memohon maaf kepada ahli PAS atas perbuatannya ketika beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB).

"Perjuangan beliau sangat besar walaupun baru beberapa tahun menyertai PAS dan kesungguhannya harus menjadi ikutan kepada semua ahli PAS," katanya yang ternyata sedih dengan kehilangan rakan seperjuangannya itu.

Pada Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau telah membahaskan usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara dan di kesempatan itu, beliau memohon maaf kepada semua ahli PAS atas segala perbuatannya ketika berkhidmat.

"Dosa apa yang saya tidak buat kepada PAS sepanjang 5 pilihanraya yang lepas, saya tidak mahu sebut disini, biar Allah dan saya sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya dalam dalam perbahasannya yang menyentuh hati semua para perwakilan ketika itu.

Beliau adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.

Lawatan kerja sehari PJ PAS Pahang ke Dun Tioman.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man akan melakukan lawatan kerja satu hari ke Dun Tioman pada Isnin 10 Disember 2012. Insya Allah.

Semua petugas, aktivis dan jawatankuasa MTD diminta hadir ke program-program yang telah diatur dan telah dimaklumkan.

Satu ceramah khas pada sebelah malam akan diadakan di Dataran Rakyat Kg Sepakat sempena lawatan PJ ke Dun Tioman. Semua penduduk, pengundi, dan penyokong parti diminta hadir beramai-ramai ke majlis ceramah berkenaan bagi mengikuti perkembangan isu-isu politik semasa buat persedian menghadapi PRU ke 13 nanti.

Rakyat perlu buang kaca mata Umno

PRU 13: Pendekatan baru, elak cara perkauman Umno


Harakahdaily  08 Dis 2012-12-08

KLANG: Ketua Penerangan PAS PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru petugas PAS agar tidak mencontohi taktik perkauman yang sering digunakan Umno BN untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, jika kempen penerangan parti membawa isu bersifat kepentingan kaum tertentu, sudah tentu akan wujud isu-isu sensitif yang boleh mengguris hati kaum lain.

Bercakap pada Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia di sini hari ini, beliau mencadangkan agar PAS menggunakan pendekatan 'usia' berbanding 'kaum'.

Ini kerana, pendekatan melalui peringkat umur lebih memudahkan penerangan dengan isu yang lebih menjurus kepada golongan sasar tersebut.

"Contohnya apakah isu penting buat orang muda baru bekerja dan dirikan rumah tangga. Apakah isu penting buat ibubapa yang bekerja dengan beban anak ramai. Apakah isu penting bagi mereka yang tua dan bersara?

“Yang jelas, jawapan untuk soalan di atas merangkumi semua kaum dan telah mengurangkan risiko menyentuh perkara-perkara sensitif antara kaum,” terangnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Peranan penerangan dalam konteks mendekati Melayu dan bukan Melayu dalam PRU”.

Cadangan itu adalah antara pendekatan baru yang dicadangkan beliau untuk menghadapi PRU13.

“Rakyat perlu keluar daripada permainan Umno, perlu keluar daripada kaca mata yang Umno pakaikan pada semua.

"Jika kita melihat pengundi dari sudut lain, akan timbul soalan seperti membasmi kemiskinan seperti yang dicadangkan PAS yang merangkumi semua kaum,” terangnya.

Thursday 6 December 2012

Umno dah pokai!




Umno benar-benar habis modal

Aslani M  03 Disember 2012.

KOTA BHARU: Umno dianggap benar-benar kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.

“Mereka sudah tidak ada modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain.

“Inilah saban kali kita saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi.

Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah Najib pada ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan.

Ustaz Abdul Hadi juga berkata, Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka.

Menurutnya sebelum ini Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun membaca doa.

Ketika berucap sebelum itu katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia.

“Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam.

“Islam tetap bangkit biar pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil.

“Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat,” katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Kongres Dunia Islam 2012 berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara.

Selamat datang ke blog MTD Tioman!

PAS Majlis Tindakan Dun Tioman yang berada dalam kawasan Parlimen Rompin, Pahang telah berusaha beberapa kali untuk memiliki blog sendiri untuk turut sama dalam arus informasi maya, namun setiap percubaan selama ini tidak begitu berjaya dari sudut mengemaskinikan maklumat. 

Kali ini MTD Tioman berazam melupakan segala kelemahan lampau untuk terus bersama berada dalam arus maya buat melaporkan serta memberi pandangan terhadap sebarang isu-isu berbangkit buat memacu perjuangan PAS khusus dalam DUN Tioman ini. Insya Allah.

Oleh itu pihak MTD Tioman mengalu-alu sebarang pandangan, teguran dan kritikan membina ke arah menjayakan perjuangan PAS di daerah ini dari semua tahap kepimpinan parti serta mana-mana pengembara maya yang prihatin dan bertanggungjawab.

Sekian buat permulaan, jumpa lagi!