Umno benar-benar habis modal
Aslani M 03
Disember 2012.
KOTA BHARU: Umno dianggap benar-benar kehabisan modal
apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada
Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal
bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.
“Mereka sudah tidak ada
modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan
Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain.
“Inilah saban kali kita
saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal
lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres
Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi.
Perhimpunan Agung Umno
kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib
Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.
Malah Najib pada ucapan
penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan
membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala
undi DAP membawa kepada penindasan.
Menurutnya sebelum ini
Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun
membaca doa.
Ketika berucap sebelum itu
katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi
lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia.
“Hanya Islam sahaja yang
menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang
pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam.
“Islam tetap bangkit biar
pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang
adil.
“Umno nampak seperti mahu
kekal sehingga kiamat,” katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden
Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan
Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin.
Hadir sama Timbalan
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.
Kongres Dunia Islam 2012
berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview
membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment